Wanita dunia dengan bidadari yang Allah sediakan di syurga, mana yang lebih istimewa?
Ramai yang begitu seronok apabila membaca keindahan-keindahan ciptaan bidadari dalam syurga terutama lelaki.
Tetapi, sebenarnya, seindah manapun bidadari di syurga sana, namun sebenarnya, wanita-wanita dunia itu lebih indah lagi….
Tetapi, keindahan wanita dunia itu, apa karakternya dan bagaimana pula sifatnya?
Yuk kita teliti maksud hadith yang panjang ini!
Semoga dengan hadith ini, kalian wahai wanita, meninggikan lagi usaha
untuk menjadi wanita yang bakal dicemburui oleh bidadari !
At-Thabrani meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a., dia berkata, saya pernah bertanya :
“Ya Rasulullah, beritahu saya tentang mereka yang diceritakan Allah s.w.t. dalam firman-Nya:
22. dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang matanya bercahaya,
[Al-Waqiah :22]
Baginda bersabda : “(Mereka adalah) bidadari-bidadari, yang matanya
bercahaya. Pelupuk mata bidadari-bidadari itu (selalu berkedip-kedip)
bagaikan sayap burung nasar.”
Saya berkata : “Beritahu saya tentang firman-Nya:
23. seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[Al-Waqiah : 23]
Baginda bersabda : (Mereka berkulit) jernih sejernih mutiara yang
tersimpan dalam kerangnya, yang belum disentuh tangan-tangan (manusia).”
Saya berkata : “Ya Rasulullah, beritahu saya tentang firman-Nya:
70. Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
[Ar-Rahman : 70]
Baginda bersabda : “(Mereka) baik akhlaknya, cantik jelita wajahnya.”
Saya berkata : “Ya Rasulullah, beritahu saya tentang firman-Nya :
49. (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[As-Saffat : 49]
Baginda bersada : “Kelembutan mereka selembut selaput dalam telur, yang
ada di sebalik cengkerangnya, iaitu kulit ari yang lekat pada putih
telur.”
Saya berkata : “Ya Rasulullah, beritahu saya tentang firman-Nya:
37. Penuh cinta lagi sebaya umurnya.
[Al-Waqiah : 37]
Baginda bersabda : “(Mereka adalah) wanita-wanita yang di dunia sudah
menjadi nenek-nenek yang buruk dan beruban, di syurga mereka menjadi
wanita-wanita kesayangan yang penuh cinta, umur mereka sebaya
seolah-olah lahir pada hari yang sama.”
Saya berkata : “Ya Rasulullah, beritahu saya mana yang lebih utama, wanita dunia atau bidadari?”
Baginda bersabda : “Bahkan wanita dunia lebih utama daripada bidadari, seperti lebih utamanya zahir atas batin.”
Saya bertanya : “Ya Rasulullah, kerana apa?”
Baginda menjawab : “Kerana solat, puasa, ibadah mereka kepada Allah.
Allah s.w.t. memberi cahaya pada wajah mereka, dan memakai sutera pada
tubuh mereka. Warna kulit mereka putih, pakaian mereka hijau, perhiasan
mereka kuning, tempat menyimpan mereka mutiara, dan sisir mereka emas.
Mereka berkata, ‘Kami adalah wanita-wanita abadi, tidak akan mati.Kami
adalah wanita-wanita bahagia, tidak akan miskin selama-lamanya. Kami
adalah wanita penduduk tetap, tidak akan pindah selama-lamanya.
Ketahuilah, kami adalah wanita-wanita yang telah redha, tidak akan marah
selama-lamanya. Berbahagialah orang yang menjadi milik kami dan kami
menjadi miliknya.”
Saya bertanya : “Ya Rasulullah, di antara
kami ada seorang wanita yang bersuamikan dua, tiga atau empat orang lalu
meninggal. Kemudian wanita itu masuk syurga dan (bekas-bekas) suaminya
pun semua masuk syurga. Siapakah yang akan menjadi jodohnya?”
Baginda menjawab : “Wahai Ummu Salamah, wanita itu akan disuruh memilih,
maka dia memilih suami yang paling luhur akhlaknya. Wanita itu
berkata, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya lelaki ini adalah yang terbaik
akhlaknya terhadapku semasa di dunia, maka jodohkanlah aku dengannya.’
Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik membawa kebaikan dunia dan
akhirat.”
Rujukan | Kitab An-Nihayah : Fitanun Wa Ahwalun Akhir Az-Zaman karya Ibn Kathir
Sabtu, 28 April 2012
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar